JABATAN PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN SABAH BAHAGIAN KENINGAU

Jurutera Pembetungan Bahagian Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Keningau, Lot 8059, Jaıan Danguıad, PİS 3019, 89008 Keningau.

Hebahan

Pengumuman

NOTIS MAKLUMAN PENGENALAN CAJ PEMBETUNGAN

Dimaklumkan bahawa caj perkhidmatan pembetungan bagi tahun 2025 dan seterusnya akan dikutip oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah (JPP Sabah) berdasarkan Enakmen Perkhidmatan Pembetungan Sabah 2017 (EPP 2017).
Sebelum ini, kutipan caj pembetungan dilaksanakan melalui cukai pintu oleh pihak berkuasa tempatan. Walaubagaimanapun, buat masa ini, kutipan caj pembetungan belum dapat dilaksanakan memandangkan Peraturan Perkhidmatan Pembetungan (Caj)
masih dalam proses penyediaan. Kutipan hanya akan dimulakan setelah peraturan tersebut dimuktamadkan dan pelaksanaan bersedia untuk dijalankan.
Sebarang makluman lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi JPP Sabah di talian 019-645577, 1-800-88-7985 (CareLine), atau e-mel kepada jpps@sabah.gov.my.
Sekian, terima kasih.

PERUTUSAN JURUTERA PEMBETUNGAN BAHAGIAN

Assalamualaikum,
Salam Sabah Maju Jaya,
Salam Malaysia Madani.

Datuk/Datin/Tuan/Puan

Laman web merupakan platform penting yang memudahkan akses kepada maklumat berkaitan perkhidmatan pembetungan dan program kelestarian alam sekitar. 

Sistem pembetungan memainkan peranan kritikal dalam memastikan penyediaan air bersih berkualiti tinggi. Ia melibatkan proses pengumpulan, pengawalan kualiti, dan pengagihan air kepada komuniti. Selain itu, sistem ini juga bertujuan untuk mengurangkan pencemaran air dengan memastikan kumbahan dan sisa terurus dengan cekap. Ini tidak hanya menjaga kesihatan masyarakat, tetapi juga melestarikan ekosistem air tempatan. Sistem pembetungan yang cekap juga membantu dalam penggunaan sumber tenaga yang bijak, memberikan manfaat kepada persekitaran dan kewangan. Dengan mengamalkan teknologi terkini, sistem ini dapat meningkatkan kecekapan operasi dan meminimakan impak negatif terhadap alam sekitar. Dengan itu, sistem pembetungan yang efektif adalah asas untuk memastikan kesejahteraan dan kelestarian jangka panjang komuniti tempatan.

Ak Iqbal Haikam Bin Ag Lahap Ag Syairin

Ak Iqbal Haikam Bin Ag Lahap Ag Syairin

Jurutera Pembetungan Bahagian

Jurutera Gred J9

VISI

Kearah Perkhidmatan Pembetungan Yang Mampan Untuk Melindungi Kesihatan Awam, Sumber Air Dan Alam Sekitar

MISI

Untuk menaiktaraf pembangunan Sosio-Ekonomi dengan menyediakan prasarana fizikal yang teguh melalui Kemudahan-kemudahan Pembetungan dan Pengurusan Operasi serta Penyelenggaraan Aset Pembetungan

OBJEKTIF

Untuk menyediakan kemudahan pembetungan yang efektif dan efisien, bagi memastikan perlindungan kesihatan awam dan memulihara sumber air semula jadi secara berterusan

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan JPP Sabah merupakan satu bentuk komitmen bertulis jabatan terhadap penyampaian sesuatu perkhidmatannya kepada pelanggan secara terbuka, jelas dan telus.

1. Perbelanjaan – Memastikan sekurang-kurangnya 95% daripada peruntukan tahunan dibelanjakan

2. Projek – Memastikan pelaksanaan projek mengikut kualiti, masa dan kos yang ditetapkan

3. Permohonan – Memproses permohonan pelan pembangunan dalam tempoh masa 30 hari bekerja

4. Aduan – Memastikan maklumbalas terhadap aduan diambil tindakan dalam tempoh masa 3 hari bekerja

Fungsi

1. Pembangunan – Merancang dan melaksanakan pembangunan infrastruktur pembetungan

2. Operasi – Merancang, mengurus dan memantau pengendalian dan penyelenggaraan aset pembetungan JPP Sabah

3. Perbelanjaan – Merancang dan mengawal perbelanjaan agar dapat digunakan dengan efektif

4. Kejuruteraan – Mengawal rekabentuk dan kualiti pembinaan projek yang dilaksanakan agar mematuhi spesifikasi dan piawaian

5. Khidmat Nasihat – Memberi Khidmat nasihat teknikal berkaitan pembetungan kepada agensi kerajaan dan swasta

6. Hasil – Mengutip caj perkhidmatan pembetungan dan seterusnya menjana hasil kepada kerajaan Negeri

Tanggungjawab

1. Pembangunan – Memberi tumpuan kepada pembangunan yang efektif, efisyen dan bersesuaian

2. Operasi – Memastikan aset pembetungan sentiasa berfungsi dan memberi perkhidmatan yang cekap

3. Kesihatan – Membantu meningkatkan taraf kesihatan awam dan kualiti alam sekitar melalui perkhidmatan dan pengurusan pembetungan yang sistematik

4. Undang-undang – Menguatkuasakan Enakmen Perkhidmatan Pembetungan 2017

SEJARAH

JPP Sabah menjalankan fungsi dan puncakuasa di bawah Enakmen Perkhidmatan Pembetungan 2017 bagi mengurus tadbir hal ehwal pembetungan di Negeri Sabah. Penubuhan JPP Sabah ini dapat memberi penumpuan sepenuhnya kepada hal-hal pembetungan Negeri dalam bentuk perundangan serta penguatkuasaan. Di samping itu, ia juga membolehkan pihak Kerajaan mengagihkan peruntukan secukupnya bagi maksud pembangunan, mengendali, menyelenggara dan kutipan hasil cukai perkhidmatan pembetungan untuk menampung perbelanjaan operasi ke atas infrastruktur pembetungan yang dibangunkan dan yang sedia ada di selenggara secara berkesan dan berterusan.

PENUBUHAN

Pada awalnya, perkhidmatan pembetungan di Negeri Sabah adalah berada di bawah Public Health Ordinance 1960 dan Local Government 1961. Pengurusan perkhidmatan pembetungan ini dikendalikan oleh tiga agensi iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Jabatan Kerja Raya Sabah.

Carta Organisasi

Portal e-Aduan Pembetungan Sabah

PANDUAN MUDAH: Portal e-Aduan Pembetungan Sabah

Ikuti 3 langkah ringkas berikut:

1) Layari Portal e-Aduan Pembetungan Sabah & isi borang aduan
2) Hantar aduan dan terima emel nombor rujukan setelah aduan disalurkan ke bahagian dan daerah yang berkaitan
3) Semak status aduan menggunakan nombor telefon dan nombor rujukan anda

Maklumat Penting
✅Tiada pendaftaran diperlukan
✅Aduan boleh dibuat terus oleh orang awam
✅Status aduan boleh disemak pada bila-bila masa

Perlukan bantuan lanjut?
📞Hubungi Careline JPP Sabah: 1 800 88 7995

🤳Imbas Kod QR untuk membuat aduan sekarang.

Kerjasama anda membantu kami meningkatkan perkhidmatan pembetungan di Sabah.

 

wpChatIcon
wpChatIcon
Skip to content